BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Kalau kita dah tahu syarikat  tertentu membantu menyalurkan duit kpd israel secara terang-terangan tunjuk dalam media dan sekali gus membantu biaya membeli senjata api untuk tujuan memerangi orang islam , adakah boleh kita terus menggunakan atau bermuamalat dengan syarikat tersebut.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya : "dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…”

Berdasarkan ayat di atas umat Islam dilarang untuk bermuamalah dengan mana-mana pihak yang diketahui bekerjasama dalam memerangi orang Islam. Kaedah fiqh menyebut :

كُلّ مَا أدّى إِلى حَرَامٍ فَهُوَ حَرَام

Maksudnya :” Setiap perkara yang membawa kepada perkara yang haram maka ia adalah haram (hukumnya).”

Berdasarkan kaedah ini maka membantu dalam perkara yang diharamkan oleh Allah adalah dikira sebagai berdosa dan umat Islam perlu menjauhkan diri darinya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 141

message user image