Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Ana ada satu soalan nak dapatkan kepastian dari pihak mufti, berkenaan perniagaan yang ana nak buat.
Ana nak berniaga di Shopee/Lazada (platform berniaga). Tapi barang belum ada.
Ana iklankan barang di Shopee/Lazada dan tulis pre-order.
Bila dapat order, Shopee/Lazada hold dulu duit tu. Dengan duit sendiri, ana pergi beli barang tersebut dan hantar kepada pembeli.
Lepas pembeli terima barang tersebut, barulah Shopee/Lazada release duit tersebut kepada ana.
Kalau ana tak boleh deliver, Shopee/Lazada pulangkan semula duit tu kepada pembeli.
Harus/halalkah cara berniaga yang ana nak buat ni? Takut termasuk dalam larangan
لا تبع ما ليس عندك
Jawapan
وَعَلَيْكُمُ السَّلَام وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan,
Hukum dropship atau menjadi ejen jualan untuk produk-produk tertentu dengan menggunakan aqad salam atau tempah adalah HARUS jika syarat-syarat yang disebutkan di bawah ini dapat dipenuhi:
1. Barang yang ditempah itu adalah barangan yang halal serta patuh syarak.
2. Memastikan spesifikasi produk yang ditempah dapat disifatkan dengan tepat berdasarkan hadis Rasulullah:
من أسلف فليسلف في كيل معلوم ووزن معلوم إلى أجل معلوم
"Sesiapa yang memesan barang maka hendaklah memesan dengan ukuran yang jelas, timbangan yang jelas, dan waktu yang jelas. " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.