BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya mahu bertanya kepada Ustaz Tuan Mufti & pihak berkenaan, apakah hukum kita menonton filem/drama yang terdedah aurat. Umum diketahui hampir 90% rancangan akan mendedahkan aurat kecuali animasi & rancangan tertentu. Apakah solusi terbaik untuk menonton babak-babak tersebut? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita, muslim atau kafir adalah haram dengan ijma’ para ulama'. Hadith yang diriwayatkan daripada Buraidah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Ali RA;

يَا عَلِيُّ لاَتُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ, فَإِنَّمَا لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الأَخِيْرَةُ

Maksudnya : Wahai Ali jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua. (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, melihat aurat wanita ajnabiah wahukumnya adalah berdosa. Oleh itu hendaklah dijauhi. 

Adalah dinasihatkan supaya mengelakkan daripada menonton filem/drama yang berunsur maksiat, melalaikan dan tidak memberi manfaat. Tuan perlulah menapis program mana yang sesuai untuk diri dan keluarga. Kini, telah wujud siaran-siaran berunsur ilmiah dan Islamik seperti TV al-Hijrah dan sebagainya yang boleh kita pilih untuk ditonton.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 171

message user image