BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalannya

1. Kitaran haid tidak teratur selepas mengambil suntikan perancang keluarga. Period berterusan sehingga hampir 4 minggu. Darah istihadah ialah selepas tempoh period melebihi 14 hari. Berapa lama tempoh istihadah? Darah haid masih keluar walaupun sedikit dan akan sampai pd kitaran haid seterusnya. Bagaimana nak bezakan adakah itu masih istihadah atau telah mula kitaran haid kali kedua?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Alhamdulillah,  segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya, para sahabatnya dan sekalian umatnya yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Merujuk kepada persoalan, ciri-ciri istihadah ialah:

  • Keluar darah sebanyak 2 kali yang diselangi oleh tempoh suci yang kurang 15 hari
  • Keluar darah selepas tempoh sebanyak-banyak haid 15 hari
  • Keluar darah kurang daripada 24 jam
  • Keluar darah sebelum umur 9 tahun
  • Keluar darah selepas tempoh 60 hari nifas

Daripada ciri-ciri tersebut, dapat kita  disimpulkan bahawa istihadah ialah darah yang keluar bukan waktu kebiasaan haid mahupun nifas atau dengan kata lain pada tempoh suci.

Seterusnya, kaedah kiraan tempoh suci. Hal ini bagi mengetahui hari-hari yang menjarakkan diantara satu haid dengan haid seterusnya. Berikut kaedah kiraan suci antara dua haid:

  • Tempoh paling minimum suci ialah 15 hari (أقل الطهر). Ketentuan ini di ukur daripada tempoh sebanyak -banyak darah haid iaitu 15 hari ( أكثر الحيض). Ini berdasarkan kajian (istiqra’) daripada Imam Syafie.
  • Tempoh suci kebiasaan majoriti wanita adalah 23 hari (الطهر غالب). Ketentuan tempoh suci kebiasaan berdasarkan haid yang yang kebiasaan datang selama 7 hari (غالب الحيض )
  • Tempoh maksimum suci tiada had kerana kadang-kadang ada wanita yang haidnya dalam sebulan hanya sehari semalam sahaja iaitu 24 jam dan ada juga sekali dalam enam bulan.

Tempoh haid pertama

Tempoh suci

 

 

 

 

 

 

 

 

Haid kedua

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

 

minimum suci 15 hari

-kebiasaan suci 23 hari

-maksimum suci tiada had

 

 

Antara ciri-ciri istihadah ialah keluar darah selepas tempoh maksimum haid atau keluar darah 2 kali diselangi masa suci 15 hari atau darah kurang 24 jam.

Maksimum haid 15 hari

 

Kebiasaan haid 7 hari

 

24 jam

 

Sebagai contoh: Puan mendapati darah haid keluar pada 1-12 januari iaitu selama 12 hari. Kemudian selepas seminggu, darah keluar pada 19 januari. Maka darah tersebut adalah darah istihadah. Hal ini kerana darah keluar pada waktu tempoh minimum suci 15 hari selepas haid. Maka, wajib bagi puan menunaikan solat fardu dengan memakai tuala wanita selepas mencuci alat sulit, kemudian mengambil wudhuk pada setiap fardu tanpa perlu mandi wajib. Namun apabila sudah masuk 29 januari iaitu sudah tamat waktu sekurang-kurang suci iaitu 15 hari selepas hari terakhir tempoh haid. Maka kitaran haid  sudah dianggap bermula semula sekiranya pada 29 januari terdapat darah yang keluar. Oleh itu, darah tersebut adalah permulaan kiraaan haid baru. Berikut jadual kiraan bagi situasi puan.

 

Haid pertama

 

Minimum 15 hari suci

Haid kedua

1-12 januari

 

13-28 januari

29 januari

Haid selama 12 hari

Darah keluar pada 19 januari adalah istihadah

Bermula kiraan haid baru sekiranya keluar darah

Kesimpulannya, kaedah pengiraan tempoh suci antara dua haid sangat penting bagi membezakan darah yang keluar dalam tempoh haid mahupun darah istihadah yang keluar pada tempoh suci. Tambahan pula, hukum wanita dalam istihadah (mustahadah) dianggap wanita suci dan boleh melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, iktikaf dan membaca al-Quran. Akhir kata, semoga panduan kiraan tempoh tersebut dapat memberi manfaat kepada puan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                      


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 169

message user image