BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum... saya ingat bertanya berkenaan hukum jika saya dipanggil mengajar di bawah satu program di bawah tajaan Kerajaan persekutuan, iaitu program tajaan HRDF untuk memberi latihan kepada rakyat malaysia. Saya difahamkan, pegawai yang menguruskan program ini akan mengambil 30% daripada peruntukan yg diluluskan iaitu sebanyak 100K untuk satu-satu kursus yang diberikan kepada syarikat yang melaksanakan kursus tersebut... adakah ini dikira rasuah ? dan apakah status bagi halal haram duit bayaran yang saya terima sebagai Cikgu yang mengajar program tersebut ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Merujuk kepada persoalan tuan, sekiranya terdapat isu penyalahgunaan kuasa seperti mengambil kesempatan atas jawatan yang diberikan maka hendaklah dilaporkan kepada pihak yang berwajib terutamanya kepada pihak majikan atau pihak berkuasa  kerana ia melibatkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan lebih-lebih lagi untuk pelaksanaan program kepada rakyat. 

Berhubung dengan bayaran yang diterima sebagai cikgu (tenaga pengajar) ia tidak dikategorikan sebagai rasuah bahkan ia adalah ganjaran upah kepada seseorang yang telah memberikan perkhidmatan.  Hukum menerima bayaran tersebut adalah harus. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 85

message user image