BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan ss mufti selangor.

Saya mempunyai kemusykilan mengenai hukum trading FCPO ( future crude palm oil). Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuti Malaysia telah memutuskan hukum trading FCPO adalah halal. Namun, sehingga kini, semua broker dan bank yang terlibat adalah bank konvensional. Persoalannya:

1. Adakah hukumnya saya menggunakan perkhidmatan bank konvensional ( yang melibatkan leverage dan sebagainya) ini untuk trading FCPO, kerana setakat ini belum ada bank islam yang menawarkan perkhidmatan yang sama?.

2. Jika dibenarkan, bagaimana pula caranya untuk saya membuat pembersihan terhadap keuntungan yang saya dapat daripada trade ini? Berapa kadar RM yang perlu saya bersihkan?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

FCPO ini adalah urusniaga yang telah berada di dalam senarai bursa Malaysia dan ia adalah perniagaan yang patuh syariah. Oleh kerana FCPO ini telah tersenarai di bursa, maka semua bank terlibat sama ada kovensional atau Institut Kewangan Islam. Namun, menjadi satu kewajipan kepada trader untuk memilih bank pembiaya yang patuh syariah sahaja. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 1082

message user image