Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Aslmkm..saya ingin bertnya apa hukum seorang dropship kedai emas menjual emas dengan cara mark up harga kepada pelanggan yang berminat dan pelanggan tersebut perlu membuat bayaran dahulu oleh pelanggan tersebut sebelum barang kemas itu diserah kepada pelanggan.Maksudnya dropship itu tidak mengeluarkan sebarang modal tetapi mendapat keuntungan melalui mark up harga pada barangan tersebut.Apakah hukumnya ustaz?Adakah ini dikira sebagai makan untung atas angin? Dan apakah hukum makan untung angin?terima kasih ustaz.Harap sangat ustaz dpt menjawab soalan saya kerana saya bimbang rezeki yang masuk ini tidak halal.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Asas kepada perniagaan dropship adalah HARUS ini kerana tugasnya hanya membantu mempromosi dan menjualkan sesuatu barangan tersebut dengan komisyen keuntungan jualan akan diberikan kepadanya. Oleh yang demikian, kebiasaan akan ada perjanjian antara syarikat/ pemilik barang dengan dropshiper dan sekiranya mark up harga itu dibenarkan dalam perjanjian dan diketahui pemilik barang, maka ianya tiada keraguan. Namun kebiasaannya dropshiper membeli barang dari pemilik dengan harga yang lebih rendah dari harga jualan dan pastinya ia menguntungkan tanpa perlu mark up.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit r.a yang bermaksud:
"Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh)" (Riwayat Imam Muslim).
Bagi urusan niaga emas yang dijalankan, perlu mematuhi syarat berikut:
1. Pembayaran mesti secara penuh dan tidak boleh sama sekali dibayar ansuran (hutang).
2. Dipastikan spesifikasi emas adalah sama sepertimana yang dipersetujui antara kedua belah pihak
3. Serahan berlaku pada waktu atau tempoh yang diketahui oleh pembeli serta tidak tertangguh selepas kesepakatan itu berlaku.
Sekian, terima kasih
والله أعلم بالصواب