BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.

Soalan Saya,seperti sedia maklum, forex trading secara Lani(perseorangan) adalah haram. Sama juga dengan forex trading selain dari institusi kewangan jugak adalah haram(berdasarkan bacaan saya Dalam soal jawab diruangan ini). Tapi kenapa masih ramai umat Islam di luar Sana yang menjalankan aktiviti ini. Apakah tindakan/peranan Majlis Agama Dalam membendung masalah ini yang kian genting. Di Mana iklan secara terbuka di facebook juga di jalankan. 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada soalan, perkara ini merupakan isu nasional dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Di antara  keputusan yang dibuat adalah;

"Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia".

Penentuan Hukum Syarak berkaitan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) telah dibuat oleh pihak yang berautoriti sebagai pedoman dan rujukan kepada umat Islam. Walaupun masih ramai umat Islam yang terlibat, ia berkemungkinan berpunca daripada kurangnya pendedahan atau kelemahan individu yang enggan mencari maklumat berkaitan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 175

message user image