BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalammualaikum,
di sini saya ada kemushkilan dan ingin bertanyakan beberapa soalan.

Pada awal ramadhan 2018 alhamdulillah saya diberi rezeki mengandung anak kedua.Dalam bulan itu sy hanya dpt puasa 2 hari sahaja dan selebihnya saya memgalami morning sickness yg sgt teruk dan tidak dapat berpuasa.selepas melahirkan anak pada tahun 2019,sy ingin ganti puasa yg ditinggalkan pada tahun 2018 tetapi disebabkan anak fully breastfeed dan saya bekerja menyebabkn sy kerap keletihan sehingga tidak larat untuk berpuasa.pada ramadhan 2019 sy cuba untuk berpuasa tapi malangnya saya mengalami bengkak susu sehingga menyebabkan sy demam.
soalan sy :
1.adakah sy perlu membayar fidiyah untuk 2 tahun tersebut (2018&2019) dan tidak perlu ganti puasa?
2.ataupn sy perlu ganti puasa untuk 2 tahun tersebut (2018&2019 ) tanpa perlu membayar fidiyah?
mohon pencerahan dari pihak tuan.terima kasih sekali lg sy ucapkan. assalammualaikum .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perempuan hamil dan yang menyusukan anak diberikan keringanan untuk berbuka atau tidak berpuasa.  Daripada Anas al-Ka’biy RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلاَةِ، وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ

Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, Allah meringankan puasanya sahaja.”(Riwayat al-Tirmidzi)

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam kitab al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie

“Adapun sekiranya seseorang itu melewatkan qadha puasa Ramadhan kerana suatu keuzuran; seperti sakitnya berpanjangan, menyusukan, mengandung, atau sentiasa musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang lain, maka tidak wajib fidyah akibat kelewatan ini, dan wajib qadha sahaja.”

Berdasarkan keterangan di atas, adalah jelas bahawa ibu-ibu yang melewatkan ganti puasa, kerana uzur syarie seperti sentiasa sakit, menyusukan anak, dan mengandung, adalah tidak wajib dikenakan fidyah, jika mereka tidak sempat menggantikan puasa sebelum tiba Ramadhan seterusnya. Walau bagaimana pun, hendaklah qadha' puasanya jika bimbang terhadap diri sendiri atau jika dibimbangi terhadap dirinya serta anaknya. Tetapi jika dibimbangi pada anak dalam kandungan, atau yang disusukan, bukan dirinya, maka diwajibkan qadha' dan dibayar fidyah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 154

message user image