Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Facebook, Youtube, Wahtapp, TG, IG yg kesemuanya Digital Platform dibawah satu sayrikat kepunyaan Mark Zurkberge seorang Yayudi yg jelas menggunakkan hasil keutungan menjadi penyumbang terbesar kelada Yahudi Zionis musuh Islam yg jelas.
Solaan.
Apakah kita juga bershubahat apabila menggunaakn produk2 diatas yg jelas menyumbang kepada keuntungan syarikat Yahudi itu dan digunakan beliau sebagai sumber keewangan kepada Yahudi Zionis?
Apa hukum mengikut Islam sedangkan ada platform seeprt Facebook yg dibngunkan oleh org Islam pakR IT dri Pakisatn 10 tabun dahulu?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن والاه . أما بعد؛
Perlu dibezakan terlebih dahulu di antara syarikat bukan Islam yang ditubuhkan atas dasar keuntungan dan syarikat bukan Islam yang mempunyai dasar untuk penyebaran agama atau fahaman yang bertentangan dengan Islam.
Sekiranya dasar syarikat tidak terbukti terlibat dengan penyebaran agama selain Islam, maka hukum menyertainya adalah harus. Jika individu dalam syarikat tersebut ingin menyalurkan bantuan ke mana-mana saluran termasuk rumah ibadat bukan Islam, itu adalah tindakan peribadi dan bukan dasar syarikat.
Adapun jika terlibat dengan syarikat yang terbukti mempunyai dasar untuk menyebarkan agama selain Islam, maka haram terlibat dengannya, sebagaimana diharamkan menjual anggur jika diyakini untuk dijadikan arak atau menjual senjata kepada pihak yang memerangi Islam (kafir harbi). Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Maidah ayat 2;
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
والله أعلم بالصواب