BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalam,

Persoalan perniagaan Atomy telah terjawab. Bagaimana pula dengan pengguna Atomy. Adakah mereka juga perlu mengelakkan dari menggunakan produk Atomy?

Produk Atomy telah banyak memberi kesan positif kepada pengguna Atomy dari sudut kesihatan.

Mohon penjelasan tuan mufti, terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berkaitan dengan penggunaan produk dari syarikat Atomy atau mana-mana syarikat lain harus menggunakannya selagi mana ia diperbuat daripada bahan yang halal lagi baik. Jual belinya pula adalah sah jika mencukupi rukun dan syarat-syarat jual beli. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Nu'man bin Basyir r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya". (Riwayat al- Bukhari)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 235

message user image