BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualikum,

Saya sudah bercerai sama suami 4 tahun yang lepas.

Ketika masih bersama dulu, saya dan suami ada membeli kereta dan saya pernah meminta suami untuk memberi sedikit wang sebagai bayaran pembelian kereta.

Masalahnya, saya tidak ingat samada saya minta wang secara hutang atau tidak.  Yang saya ingat adalah suami setuju memberi wang dangan syarat saya membelikan jam tangan untuknya sebagai hadiah harijadi.

Selepas mendapatkan kereta, saya juga telah membeli jam untuk suami.  Setahun selepas itu kami bercerai dan selepas 3 tahun saya telah menjual kereta tersebut.

Soalan saya – perlukah saya membayar wang bekas suami yang telah dipakai untuk membeli kereta? Sebab saya tidak ingat samada wang itu dikira hutang atau tidak.

Jazakallah kheir


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan puan, secara uruf atau adat perkahwinan masyarakat, pemberian itu dilihat sebagai hadiah kerana ketika pemberian bekas suami puan meletakkan syarat hadiah jam tangan, maka dengan pemberian jam tersebut dikira sudah selesai, kerana ia dikategorikan sebagai hibah bersyarat. Secara normal kehidupan suami isteri ianya bukanlah dikira sebagai hutang melainkan secara jelas ketika pemberian duit itu bekas suami menyatakan ianya adalah hutang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.  

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 166

message user image