BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Apakah hukum berurusan jual beli and mempromosi produk-produk syarikat milik bukan Islam bertaraf International (Syarikat luar negara beroperasi di Malaysia) jika aktiviti syarikat nya seperti dibawah?

Syarikat "A" merupakan sebuah syarikat berskala multibillion dollar yg mempunyai kilang pengeluaran terbesar didunia dan pusat RND nya sendiri yg kedua besar didunia yg banyak melibatkan diri dalam industri "Health and Wellness" serta produk-produk kegunaan rumah (Households item) dan lain-lain. Syarikat ini memasarkan dan membuka cawangannya sudah berada di hampir 16 buah negara termasuk di Malaysia. Konsep perniagaan mereka sangat mudah iaitu menjual produk terus kepada pengguna dari kilang tanpa ada orang tengah dengan motto perniagaan mereka ialah " Absolute Quality" dan " Absolute Price", bermakna mereka tekankan quality produk dan harga yg sangat berpatutan. Mereka sanggup memberi jaminan pulangan bayaran dalam masa 30 hari jika ada pelanggan/pembeli yg tidak berpuas hati dengan produk mereka. Kosep perniagaan mereka adalah mudah iaitu "Consumer Base Income", dimana semua pembeli di anggap sebagai rakan perniagaan yang setiap belian akan diberi bonus (income) jika syarat-syarat dipenuhi. Antara syaratnya ialah minima adalah pembeli wajib mendaftar sebagai ahli (tanpa ada apa-apa bayaran dikenakan, percuma seumur hidup), belian telah mencapi nilai RM100.00 dan belian dalam kumpulan mencapai RM3000.00 tanpa ada masa ditetapkan. Syarika "A" menetapkan 70% keuntungan akan diberikan kepada pembeli (ahli) dan 30% dikembalikan kepada syarikat. Daripada 70% itu, 44% dikenali sebagai Komisen/Bonus Umum, 20% sebagai "Leadership Bonus: dan 6% sebagai "Education Bonus" mengikut pencapaian ahli. Apa yg menarik sistem perniagaan syarikat "A" adalah untuk menjadi ahli;

1. Tiada sebarang bayaran dikenakan semasa pendaftaran

2. Tiada pembayaran deposit diperlukan

3. Tiada konsep "memakan komisen" keatas ahli lain

4. Tidak perlu menjual produk syarikat

5. Hanya perlu membeli untuk kegunaan sendiri bila perlu (tiada paksaan)

6. Setiap pembelian akan diberi bonus

7. Ahli perlu menghebahkan kehebatan produk kepada kawan dan kenalan dan menjemput mereka bersam-sama menajd ahli.

8. Semakin ramai menjadi ahli semakin besar keuntungan perniagaan dan semakin banyak bonus akan diberikan kepada ahli.

Dengan sistem yg mudah dan tidak membebankan serta percuma, ia telah dijadikan satu platform untuk membantu semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama untuk sama-sama menertai sebagai ahli dan menjadikan kosep perniagaan ini sebagai satu sumber pendapatan. Di Malaysia kami jadikan ia sebagai platform HMF (Help Muslim First) dimana ramai masyarakat Islam melebihi 80,000 org telah menyertai dan mendapat manafaat besar apatah lagi dikala pendemik convid ini yg ramai kehilangan dan kekurangan punca pendapatan. Ramai masyarakat Islam di Malaysia yang dulunya asnaf penerima zakat sudah menjadi pengeluar zakat sebagai contoh. Ada yg telah mencapai pendapatan 5 angka hasil daripada menyertai program dengan syarikat "A" ini; iaitu program "Consumer Base Income" ini.

Bukan sahaja pendapatan baik diperolehi, malah quality produk telah memanfaat ramai pengguna seperti pesakit kanser yang pulih, pesakit penyakit-penyakit kronik sperti jantung, Darah tinggi, Diabetis, penyakit kulit dan lain-lain yg semakin pulih dengan penggunaan produk kesihatan mereka sebagai contoh.

Menyedari sensitiviti orang Islam, syarikat "A" telah bekerjasama dengan " Korean Muslim Federation" untuk mengaudit dan mengcertifikasi status halal produk-produk yang masuk ke Malaysia serta bekerjasama dengan JAKIM dan KKM seperti yg diwajibkan kerajaan Malaysia. Bermula dengan Malaysia mereka telah paham kepentinagn halal dan Malaysia dijadikan permulaan certifikasi halal produk-produk mereka untuk keseluruh dunia terutamnay ke negara-negara Islam lain.

Sebagai syarikat yang hebat, mereka jugak menjalankan aktivit-aktiviti CSR dan bantuan kepada yg memerlukan seperti di Malaysia mereka terlibat dengan menyumbang bantuan kepada badan-badan kerajaan dan NGO utk menghadapi CONVID19, bantuan kepada persatuan-perssatuan sepeti orang cacat dan lain-lain.

Sebagai syarikat bukan Islam mereka juga terlibat memberi bantuan dan sumbangan kepada badan-badan dan organisasi bukan Islam termasuklah organisasi berasakan agama seperti Kristianity terutamanya di negara mereka. Walaubagimanapun polisi syarikat tidak membenarkan syarikat terlibat secara terus sebagai organisasi politik, keagamaan dan lain-lain tetapi hanya sekadar menyumbang bantuan CSR. Maka tidak hairanlah sumbangan mereka diberi pengiktirafan oleh badan-badan tertentu termasuklah badan-badan keagamaan (bukan Islam). 

PERSOALAN:

Apakah hukum berurusan dengan syarikat "A" sebuah syarikat bukan Islam yang turut menyumbang kepada aktivit kebajikan tak mengira bangsa dan agama termasuklah mereka meyumbang bantuan kepada organisasi agama (bukan Islam seperti Kristianity) atas dasar sumbangan CSR syarikat. Apakah Haram berurusan? Harus berurusan? Atau dikira bersyubahah atau tidak?

 

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, asal suatu perkara adalah harus sebagaimana kaedah fiqh;

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya: “Asal pada sesuatu perkara adalah harus”

Berdasarkan kaedah fiqh di atas, jika syarikat A ditubuhkan untuk tujuan perniagaan semata-mata maka tiada halangan untuk  bermuamalah. CSR yang dibuat adalah hak pemilik syarikat. Namun, jika syarikat A secara terang menyatakan penubuhannya mempunyai agenda penyebaran agama atau fahaman yang bertentangan dengan Islam, maka lebih utama kita mengelakkan diri daripada bermuamalah dengannya, kerana ada unsur shubhah. 

Bersubahat atau bekerjasama dalam perkara-perkara yang disebutkan itu adalah haram. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 2;

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya : “dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 85

message user image