Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya mohon pencerahan jawapan dari pihak pejabat mufti. Berkaitan link ini.
http://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=2425
Soalan saya:
1. Adakah jawapan tersebut hasil muzakarah pejabat Mufti Selangor dengan pihak Atomy @ jawapan tersebut mengikut soalan yang diberikan?
2. Adakah jawapan tersebut pandangan @ fatwa daripada pejabat Mufti Selangor?
Saya percaya dengan amanah yang di pertanggungjawab ke atas pihak Mufti. Jika jawapan adalah hasil muzakarah & penilitian pihak pejabat Mufti dengan Atomy.
Maka wajib bagi saya berhenti dan menyeru dengan yakin kepada orang yang saya bawa masuk untuk tidak terlibat dengan Atomy.
Jawapan dari pihak pejabat Mufti Selangor ini nanti saya jadikan sebagai hujah. InshaAllah. Berani kerana Benar. Allahu Akhbar.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...
Merujuk kepada persoalan ;
1. Setiap jawapan yang diberikan adalah berdasarkan kepada persoalan yang diterima oleh pihak jabatan. Jawapan kepada soal jawab agama yang dikeluarkan oleh jabatan ini adalah pandangan hukum bagi menjawab setiap persoalan yang dikemukakan kepada pihak kami.
2. Jawapan yang pihak jabatan berikan walaupun bukan fatwa tetapi ia merupakan suatu pandangan hukum yang perlu dijadikan pedoman dalam kehidupan harian sebagai seorang muslim. Perkara ini adalah kerana tidak semua isu atau persoalan perlu difatwakan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.