BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

Saya ingin bertanyakan mengenai apakah hukum memperolehi pendapatan melalui media sosial seperti youtube,facebook dan lain lain,seperti kita sedia maklum bahawa pendapatan melalui media sosial adalah melalui iklan yg terdapat di media sosial tersebut,apakah hukumnya jika iklan iklan yang dipaparkan tersebut menunjukkan perkara yang tidak elok seperti perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Sbg contoh jika iklan yang dipaparkan itu iklan baju dan seluar dalam wanita serta perempuan yang didalam iklan itu hanya memakai baju dalam dan seluar dalam....


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, media sosial seperti youtube,facebook dan syarikat pengiklanan yang pelbagai telah menjadikan area blogging semakin rancak sebagai ‘periuk nasi’ tambahan blogger disamping berkongsi maklumat, pengalaman dan pandangan hidup di alam maya.

Melalui syarikat pengiklanan tersebut, terdapat pelbagai cara memperolehi pendapatan melalui media sosial. Diantaranya, sponsored post, Advertorial, CPC (Cost-per-click) Campaigns, dan lain-lain lagi.

Secara ringkas, mereka menyewa ruang blog bagi memaparkan iklan pengiklan dan diberi upah seperti melalui penulisan entri iklan atau dibayar berdasarkan jumlah klik dan jumlah pelawat. Sumber pendapatan juga jelas melalui pengiklan kepada syarikat pengiklanan.

Walau bagaimanapun, mengiklankan perkara yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redha (bersetuju) dengan iklan tersebut. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya.  

Allah S.W.T melarang berkejasama dalam hal yang diharamkannya seperti firmanNya dalam surah al-Maidah ayat 2: 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)"

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 146

message user image