BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Di dalam kenyataan pentadbiran Amerika Syarikat, mereka ban jenama Huawei kerana applikasi mereka digunakan untuk menangkap golongan Islam Uyghur di China. Adakah menggunakan telefon Huawei, bekerja dengan Huawei juga subahat menindas golongan Islam Uyghur.

Intel Malaysia antara pembayar tercukai tertinggi negara Malaysia.  Mereka juga penyumbang utama ekonomi Israel , wwe.jewishvirtuallibrary.org/intel-and-istael...adakah menggunakan komputer yang mempunyai chip intel, applikasi Facebook dan komputer Dell membantu golongan zionis mengembangkan zionis dan menindas saudara Islam Palestine sebagaimana perniagaan Atomy yang berlandaskan Kritianiasi. Diketahui Zionis membunuh berjuta-juta umat Islam di Palestine, mengembangkan zionisme di mana-mana. Adakah mereka yang bekerja di Intel, Dell, Facebook, microsoft dan sebagainya, menggunakan komputer, telefon applikasi ini bersubahat memyumbang untuk agama lain . 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan puan, jika dasar sesuatu syarikat walau apa nama sekali pun agendanya untuk penyebaran agama atau fahaman yang bertentangan dengan Islam, atau menzalimi umat Islam maka hendaklah dielakkan daripada terlibat dengan syarikat tersebut.

Walaubagaimanapun, jika dasar penubuhan sesuatu syarikat tersebut hanya untuk perniagaan dan pengeluaran produk untuk memenuhi keperluan semasa namun dalam masa yang sama pemiliknya menyumbang kepada badan-badan kebajikan bukan Islam sebagai program CSR syarikat maka tiada larangan untuk bermuamalah dengan syarikat berkenaan. 

Sehubungan itu, umat Islam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih sebarang pekerjaan supaya rezeki yang diterima diberkati dan diredhai Allah SWT. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 151

message user image