BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullah. 

Saya ingin bertanyakan status persyaratan yang dikeluarkan oleh seorang suami setelah rujuk dengan si isteri.

Untuk pengtahuan tuan, pasangan telah bercerai talaq 1 dan bersetuju rujuk semula pada hari yang sama. Namun setelah beberapa waktu, si suami menghantar kiriman nota melalui "whatsapp" yang  berjudul "Terma & syarat yang kamu harus ikut sebagai isteri saya"

Soalan saya, adalah terma & syarat tersebut dikira sebagai takliq tambahan? 

Barakallahufik

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sekiranya dalam " terma dan syarat " tersebut tidak dikaitkan dengan lafaz cerai maka tidak menjadi talaq ta'liq.

Contohnya : Di akhir terma dan syarat suami ada nyatakan " sekiranya syarat di atas kamu tidak ikuti maka tertalaqlah kamu " dan sekiranya isteri tidak ikut syarat tersebut maka ianya boleh menyebabkan jatuh talaq ta'liq. Namun sekiranya terma dan syarat itu tidak diikat dengan jatuhnya talaq, maka ia hanyalah menjadi perjanjian bersama yang patut dipatuhi dan sekiranya dilanggar maka akan berdosa kepada yang melanggarnya.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 144

message user image