Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya bernikah Di Thailand 25 tahun lalu. Selama berkahwin suami bersedudukan dengan seorang wanita cina sehingga beberapa Kali mengugurkan anak. Disamping itu suami juga beberapa Kali meraba mak kandung Saya. Jiwa Saya jadi tidak tenteram sebab peristiwa itu. Saya nyatakan ingin bercerai tetapi suami tidak mahu lepaskan Saya. Apa harus Saya lakukan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya suami berkelakuan sedemikian dan telah sekian lama bersekedudukan serta tidak berakhlak dan berkelakuan keji mengikut pandangan hukum syarak, maka perceraian adalah jalan yang sebaiknya. Jika puan telah menyatakan keinginan bercerai, tetapi suami tidak mahu menceraikannya, puan bolehlah terus ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk membuat permohonan cerai secara Hakam atau Fast Track. Sehubungan itu, puan boleh dapatkan maklumat berkaitan serta dokumen yang diperlukan di laman web berikut : www.jakess.gov.my Tindakan ini dibuat bagi mengelakkan penganiayaan berterusan (dari pelbagai sudut seperti emosi, psikologi, kesihatan dan seumpamanya) dan isteri mempunyai hak di sisi hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam untuk hidup dengan tenteram dan sejahtera. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.