BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

saya ingin bertanya. Apakah hukum membuat akikah secara online? Contoh seperti aqiqah centre dsb. Atau adakah lebih elok jika kita menjalankan aqiqah dinegara sendiri?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, ibadah aqiqah boleh dilakukan dimana sahaja, tidak kira dalam atau luar negara, tidak kira sama ada disaksikan oleh orang yang melakukan aqiqah tersebut atau tidak (berwakil). Selagi mana sewaktu membeli dan menyembelih binatang tersebut diniatkan sebagai aqiqah, maka aqiqah tersebut adalah sah. 

Adapun melakukan ibadah ini di kawasan tempat tinggalnya sendiri, maka ia adalah lebih baik kerana dapat melakukan perkara-perkara sunat yang lain yang bersangkutan dengan ibadah aqiqah seperti disembelih pada hari ketujuh, isytihar nama bayi, dibuat jamuan dan disedekahkan dalam keadaan siap dimasak. Namun, diharuskan juga untuk dilakukan di luar negara yang berdepan dengan kesukaran serta lebih memerlukan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 531

message user image