BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang hukum ibu susuan di mana saya telah mengambil seorang anak angkat perempuan pada bulan Oktober 2019. Sehingga kini saya masih mencuba untuk mengeluarkan susu dari badan saya tetapi masih belum keluar setitik air susu pun walaupun saya telah mendapat rawatan suntikan dan ubatan dari doktor pakar penyusuan.

Selain daripada itu, saya juga cuba untuk meminta bantuan adik perempuan suami saya untuk menyusukan anak angkat saya tetapi tetap gagal.

Ini menimbulkan kerisauan di hati saya kerana anak angkat saya akan genap 2 tahun bulan Oktober tahun ini. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya sudah berumur 46 tahun dan masih belum memiliki zuriat sendiri . Justeru itu saya dan suami sepakat mengambil anak angkat perempuan pada tahun 2019.

Saya benar-benar berharap pihak tuan/puan dapat membantu saya sekiranya ada cara lain untuk menjadikan anak saya sebagai mahram kepada suami saya apabila dia dewasa nanti.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan, selain daripada adik perempuan suami, mungkin juga puan boleh usaha mendapatkan bantuan daripada mana-mana mahram yang lain di sebelah suami yang bersetuju dan berkemampuan untuk menyusukan bayi tersebut. Seandainya usaha tersebut masih gagal dan anak angkat tersebut telah pun mencecah usia 2 tahun, puan dan suami perlu redho atas apa yang berlaku. Allah SWT maha mengetahui ke atas setiap ketentuanNya. Puan boleh terus menjaga dan membesarkannya sebagai anak angkat dengan menjaga aurat dan batas-batas pergaulan sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 149

message user image