Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamu'alaikum tuan/puan. Saya mempunyai soalan tentang fiqah yang membawa kepada was-was yang teruk. Beberapa hari lepas disebabkan tidak menutup pili air, seluruh apartment saya dibanjiri air sehingga terkena tempat najis kucing. Saya memahami seluruh air tersebut dihukumi air mutanajis
Setelah cuba membersihkan rumah dengan air menggunakan hos sebanyak tiga kali (setiap ruangan rumah). Tandas tengah (saya namakan tandas A) ialah yang terakhir kotor kerana semua peralatan yg terkena air najis tersebut dikumpulkan dalamnya. Saya berhasrat membersihkannya yang akhir sekali
Akhirnya selepas semua bahagian rumah lain sudah disucikan terdapat lopak air depan tandas A yang belum kering. Air dalam tandas A ialah air aktif mengalir melalui hos yg mulutnya dekat dengan muka pintu. Air tersebut akhirnya mengalir ke dalam lubang di lantai di tengah2 tandas A di mana masih terdapat pasir najis kucing yg memang tak dapat dibersihkan lagi memandangkan barangan yg kotor terlampau banyak menimbun dalamnya. Punca air yg keluar dpd hos berhampiran muka pintu bagaimanapun sudah tiada bau/warna/rasa najis
Ketika saya membasuh kaki menggunakan hos berdekatan muka pintu, air menitik dari kaki jatuh ke air yg mengalir ke atas lantai. Lalu beberapa titis air melantun dari lantai ke lopak air luar tandas A yang belum kering tadi yg asalnya sudah suci.
Adakah dianggap air lopak yg asalnya suci itu jatuh hukum najis? Kerana selepas itu pembantu rumah menggunakan wiper dan mengelap air tersebut ke bahagian dapur. Jika lopak itu dianggap najis maka seluruh rumah saya sudah jadi najis semula? Saya sudah cuba sedaya upaya membersihkan seluruh rumah supaya benar-benar yakin kesuciannya hinggakan memakan masa 3hari, melecet jari, merekah jari, dan berasa resah sehingga menangis dan kejang bahu dan lengan serta ngilu separuh badan dan jari menjadi kebas dan tak dapat menggenggam objek dengan kuat kerana terlampau letih asyik berulang menyucikan rumah sebab was was
Adakah saya sudah sampai tahap "sukar" dan boleh dimaafkan atau dianggap satu rumah saya ialah bernajis hukmi?
Minta maaf atas soalan yg panjang. Saya sangat berterima kasih atas perhatian tuan/puan
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Tuan,
Lopak air yang dimaksudkan adalah suci kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang telah dibersihkan oleh tuan. Oleh itu, tidak timbul lagi isu najis pada kawasan tersebut. Terdapat kaedah fiqh menyatakan bahawa:
اليقين لا يزول بالشك
Maksudnya: "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan".
Justeru itu, yakinlah bahawa semua kawasan rumah anda telah bersih daripada najis. Para ulama’ amat mengambil berat mengenai penyakit was-was kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menjadi sesuatu yang lebih kronik.
والله أعلم بالصواب