BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam ustaz, minta pencerahan berkenaan soalan dan situasi seperti yang saya ceritakan. Seorang lelaki yang ada kerja hakiki sebagai pengurus di syarikat swasta dan juga ada pekerjaan sampingan seperti bussines jual beli haiwan seperti ular, tikus, iguana. Bussines itu didaftarkan atas nama sendiri dan di uruskan sendiri seperti memandikan, memberi makanan, membersihkan najis, dan menjual (ular,tikus,iguana).binatang itu semua di pelihara dan di jaga di dalam rumah sewa kerana lelaki itu menyewa seorang diri.binatang itu akan di jual kepada pihak zoo, ipta/ipts, petshop dan individu yang berminat. minta pencerahan dari sumber rezeki bussines tersebut .


message user image

Jawapan  

Terima kasih kepada tuan yang bertanya. Merujuk kepada persoalan tuan, secara umumnya hasil pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan jual beli haiwan adalah harus dan halal jika segala transaksi jual beli tertakluk kepada syarat jual beli yang telah ditetapkan oleh syarak, antara syarat untuk barangan yang dijual adalah:- i. Hendaklah suci. ii. Dapat diambil manfaat dari sudut syarak. iii. Boleh diserahkan kepada pembeli. iv. Hendaklah sesuatu yang diniagakan itu adalah milik sempurna penjual. v. Hendaklah diketahui jenis, kadar, sifat dan harganya oleh penjual dan pembeli.Oleh itu, sekiranya semua rukun dan syarat dipenuhi, maka transaksi jual beli adalah sah. Namun pada masa yang sama segala kebajikan terhadap haiwan hendaklah sentiasa dijaga walaupun haiwan yang diperniagakan itu adalah haiwan yang harus dibunuh dalam Islam disebabkan haiwan tersebut dikategorikan sebagai haiwan perosak, liar, buas, jahat, pengganggu, penceroboh dan berbahaya kepada manusia. Disamping itu juga, pihak tuan juga hendaklah mengambil maklum serta mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa berkaitan perniagaan yang dijalankan serta perniagaan yang dijalankan itu tidak mengganggu waktu kerja hakiki yang telah diamanahkan kepadanya. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 150

message user image