BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam Mualaikum Wb, saya di maalumi bahawa apabila solat jemaah di surau bahagian para muslimat hendaklah di buka tadbir, kalau tidak solat mereka tidak sah. Bagi solat di masjid kata nya tidak kena pada hukum tersebut iani sah sekiranya mempunyai tadbir. Dengan ini saya mohon penjelasan tentang perkara ini. 1. Adakah benar hukum tersebut pada mazhab shafie? 2. Adakah di maksudkan tadbir dinding atau kain? 3. Adakah memadai kalau di buka sebahagian kecil sahaja dari tadbir tersebut? Sekian, Wassalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, berkenaan tabir yang terdapat di masjid dan surau tidak menjejaskan sahnya solat bagi makmum wanita yang berjemaah, dengan syarat tabir tersebut tidak menjadi halangan bagi makmum mengetahui pergerakan dan mendengar bacaan imam, kerana syarat sah berjemaah ialah makmum mengetahui pergerakan imam. Namun, jika kawasan solat di masjid dan surau dipisahkan dengan dinding (batu/kayu) sehingga makmum wanita tidak dapat mengenalpasti pergerakan imam, maka solatnya tidak sah. Dalam mazhab Syafie, selagi makmum dapat mendengar dan mengetahui pergerakan imam ketika solat hukumnya adalah sah. Tabir adalah merujuk kepada kain, seperti tirai, dinding, atau langsir. Jika makmum sukar melihat atau mendengar perbuatan imam, maka perlulah dibuka sebahagian dari tabir tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 96

message user image