BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya seorang mualaf yang berkahwin dengan isteri yang islam. Saya balik kampung kedua ibubapa kandung saya yang non muslim dengan membawa isteri saya. Tapi mentua saya memarahi saya atas tuduhan memakan di rumah keluarga saya sedangkan saya yang memasak dan menjaga segala makanan isteri saya termasuk menjaga kesucian dan halal makanan isteri saya. Soalan saya, adakah benar seorang individu muslim di larang makanan di rumah keluarganya yang non muslim?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tiada halangan bagi seseorang individu muslim untuk makan di rumah keluarganya yang belum muslim selama mana makanan yang disediakan adalah halal dan tidak mengandungi bahan-bahan yang dilarang oleh Islam. والله أعلم بالصواب .Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 79

message user image