BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan tentang pembahagian harta peninggalan arwah bapa 1) Wajibkah harta peninggalan yang tidak seberapa itu dibuat pembahagian kepada anak² yg ada sedangkan ibu kami masih hidup dn tiada mata pencarian dn hnya bergantung kepada duit yg ditinggalkan oleh arwah bapa saya yg masa hidupnya bekerja sebagai pengawal keselamatan sahaja. 2l) Adakah ibu (ISTERI si mati) dianggap memakan harta anak yatim sekiranya harta tersebut tidak dibuat pembahagiain kepada anak anaknya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, harta peninggalan simati (bapa) yang sah walaupun sedikit adalah harta pusaka yang wajib dibahagikan mengikut hukum faraid. Oleh kerana ibu masih hidup, maka ibu adalah ahli waris yang tidak terlindung. Ia mempunyai bahagian daripada harta yang ditinggalkan. Ibu boleh mengambil semua harta peninggalan suami jika anak-anak memberi keizinannya dan tidak timbul persoalan makan harta yang bukan haknya/ anak yatim. Bagaimanapun, keizinan anak yatim perlu menepati hukum syarak. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 93

message user image