BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya mempunyai persoalan berkaitan dam umrah. Saya berharap tuan dapat membantu menyelesaikan keraguan dan kerisauan saya. Semasa umrah pertama saya mempunyai masalah angin dan saya telah mengambil wuduk beberapa kali, sebelum saya melakukan tawaf saya cuba menahan angin tetapi saya was-was jika wuduk saya terbatal sewaktu saya bergerak tetapi saya tetap meneruskan umrah saya kerana saya cuba melawan perasaan itu. Kemudian saya melakukan umrah yang kedua dan Alhamdulillah semuanya sempurna. Tetapi setelah saya pulang ke Malaysia, saya rasa tak sedap hati memikirkan bagaimana jika umrah saya yang pertama itu tidak sah kerana saya keliru, penat dan sebagainya. Hati saya kuat mengatakan saya memang ada mengeluarkan angin sewaktu itu. 1. Persoalan saya sekiranya umrah pertama saya tidak sah, dan diantara umrah pertama dan kedua itu saya ada melakukan larangan ihram, dan saya tidak membayar dam, adakah saya masih dalam ihram setelah saya pulang ke Malaysia? 2. Sekiranya saya bercerai dan berkahwin tanpa membayar dam, adakah perceraian dan perkahwinan saya sah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, wuduk yang telah sempurna kemudian was-was terbatal tidak membatalkan wuduk. Ia bermakna tawaf puan sah. Justeru umrah puan juga adalah sah. Perasaan yakin bahawa wuduk puan batal setelah balik ke tanah air, tidak membatalkan wuduk puan kerana keyakinan melalui perasaan yang telah lama berlaku juga dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Oleh itu puan tidak terikat dengan apa-apa larangan dalam ihram. Tiada apa-apa dam yang perlu dibayar dan tidak ada apa-apa larangan yang dikaitkan dengan ihram seperti berkahwin atau bercerai. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 82

message user image