BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam,saya ada soalan,5 tahun lalu,bekas bos cina tempat keja sy ada bagi baju anak dia yg da pakai.sy terus ambil tanpa berfikir apa.bg anak saya pakai,lepas lima tahun baru sy pikir baju tu suci ke tak, 1) jadi apa perlu saya buat pada anak saya yg dah pakai baju tu,. 2) bila baju tu masuk mesin basuh dah bercampur,adakah kena samak baju lain juga yang bukan bos bg,. 3) adakah suami sy dan saya juga kena samak,samak satu badan ke ,klo samak satu bdn MCM mn,adakah bhgian sulit pun kena,. Bantu la sy sbb sy da penin pekir jika kena samak semua baju dan semua org yg tgal sekali.mohon maaf. Harap dpt bantu,terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Islam menyuruh sertu apabila ada najis mughallazah. Dalam keadaan tidak ada najis dan tiada kesan kenampakan najis mughallazah, maka tidak perlu sertu. Hanya disunatkan basuh sahaja kerana ada hadis yang menyebut demikian. Namun, jika ada najis mughallazah, maka hendaklah disertu dengan cara sekali basuhan air tanah dan dibilas dengan 6 kali basuhan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. Kesimpulannya, hukum kenajisan sesuatu perkara perlu didasari atas keyakinan bahawa berlaku perkara yang jelas tanpa ada rasa was-was atau syak. Jika tiada keyakinan yang jitu, maka berbaliklah kepada hukum asal sesuatu perkara itu. Dalam konteks masalah saudari, hukum asal baju itu adalah bersih dan suci. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 87

message user image