BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan: Assalamualaikum wbt ahli panel, soalan saya; Saya berniaga menggunakan modal jualan dari sumber yang halal tetapi ketika saya berniaga atau membeli barangan jualan di kedai saya memakai pakaian dari sumber yang haram contohnya saya memakai topi yang dibeli menggunakan wang haram, adakah hasil keuntungan dari perniagaan saya akan menjadi haram?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam perkara halal dan haram ini telah dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu’man Ibnu Bashir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas”. (Riwayat al-Bukhari). Berkaitan dengan pakaian yang digunakan ketika urusan jual beli (perniagaan) sama sekali tidak memberi kesan kepada status perniagaan tuan. Walaupun perniagaan tuan tiada kesan, tetapi setiap muslim wajib memastikan makanan dan pakaiannya adalah daripada sumber yang halal. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 89

message user image