BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, kawan saya ada berjumpa dengan seorang pengamal perubatan ISLAM yang dikenali sebagai [ustaz jin]. kawan saya seorang perempuan, semasa proses pengubatan kawan saya seperti di rasuk. dia mengatakan yang dia adalah MALAIKAT pendamping kawan saya yang bernama SALAM. atas kebenaran ALLAH di masuk dalam badan kawan saya. makhluk tu cakap yang kawan saya adalah dari keturunan NABI MUJAMMAD. dan kawan saya ada nama lain yang sangat dikenali oleh penduduk di langit. makhluk tu cakap kawan saya akan bersama sama NABI ISA menentang DAJJAL, ustaz jin tu cakap kawan saya tu bakal pengganti dia untuk bersama sama menentang jin dan syaitan. Soalan saya, boleh ke kejadian macam ni berlaku, MALAIKAT masuk dalam badan manusia? Kalau ikut logik akal, susah saya nak percaya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, malaikat adalah makhluk yang diciptakan Allah daripada nur (cahaya), sifat dan tabiatnya sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dan tidak pernah melanggar perintah-Nya. Beriman dan percaya kepada malaikat merupakan salah satu rukun Iman yang wajib diyakini. Malaikat juga merupakan antara perkara ghaib yang wajib diyakini berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Dakwaan mengatakan malaikat masuk ke dalam badan manusia adalah dakwaan yang sukar untuk dibuktikan kerana pengetahuan manusia berkaitan perkara ghaib adalah sangat terhad. Rasulullah telah ditanya oleh para sahabat berkaitan persoalan roh manusia yang termasuk di dalam perkara ghaib, firman Allah SWT : وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلً Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (al-Isra’ : 85). Oleh itu, elakkanlah diri dari mereka yang sering mendakwa dengan perkara ghaib yang sukar untuk dibuktikan kerana amalan serta kepercayaan dalam agama hendaklah berdasarkan nas daripada al-Quran dan al-Sunnah serta pendapat para ulama’ yang mu’tabar. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 181

message user image