BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: ASSALAMUALAIKUM. Harap saya guna saluran betul untuk utarakan kemusykilan saya. Soalan saya : apakah hukum seorang Muslim mempertahankan anjing? Baru-baru ni ada kes di mana anjing belaan menyerang bayi yang dibiarkan berjemur di pekarangan rumah. Saya menonton video tentang berita tersebut di YouTube dan ada segenlintir pengguna meninggalkan komen menyalahkan anjing tersebut. Saya menyatakan di situ bahawa anjing tersebut tak salah, yang salah adalah manusia yang tidak mengambil langkah keselamatan untuk mencegah. Kemudian, ada satu komen yang saya lihat menyatakan bahawa mempertahankan anjing adalah salah dalam Islam. Adakah tindakan saya salah? Minta pencerahan dan ayat Al-Quran & hadis jika ada. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam menganjurkan supaya umatnya berbuat baik kepada sesama makhluk sama ada manusia ataupun binatang. Mempertahankan haiwan adalah tidak salah walaupun hanya seekor anjing. Pihak kerajaan telah menyediakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang menuntut agar kita juga perlu menjaga kebajikan dan melindungi haiwan. Justeru, kita dilarang untuk melakukan penganiayaan terhadap apa sahaja haiwan. Sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri adalah lebih baik bagi mengelak sebarang mara bahaya yang berkemungkinan berlaku. Terdapat hadith yang menyebut seorang wanita yang menolong beri minum kepada anjing dimasukkan syurga. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 159

message user image