BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Soalan saya ialah adakah boleh sekiranya pakaian bernajis seperti terkena air kencing dimasukkan terus ke mesin basuh automatik tanpa dihilangkan dahulu najisnya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, pakaian yang hendak di basuh dalam mesin basuh hendaklah dipastikan kaedah basuhannya. Sekiranya ada najis perlu dibersihkan dahulu. Bagi panduan menyucikan pakaian yang terkena najis dengan menggunakan mesin basuh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah membuat garis panduan seperti berikut: Membasuh pakaian menggunakan mesin basuh automatik adalah suci kerana ia menepati hukum syarak dalam bab menyucikan pakaian. Ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh para fuqaha di dalam kitab dan fatwa yang muktabar. Merujuk kepada kitab Majmu’ Syarh Muhazzab karangan Imam al-Nawawi yang bermaksud: “Penulis kitab al-Tatimmah dan fuqaha yang lainnya mengatakan bahawa air mempunyai kekuatan sifat menyuci ketika dicurahkan ke atas benda yang terkena najis, maka tidak menjadi najis dengan akibat percampuran tersebut, bahkan air itu kekal suci. Jika sekiranya air itu dicurahkan ke atas pakaian yang ada najis dan air itu membasahi keseluruhan pakaian, maka pakaian itu suci. Sekiranya air dicurahkan ke dalam bekas yang bernajis dan sifat air itu tidak berubah akibat najis tersebut, maka ia adalah suci. Jika air itu dipusing-pusing ke setiap sudut bekas itu, maka sucilah keseluruhan bekas tersebut”. Adapun, bagi cucian yang menggunakan mesin basuh separa automatik, pada asasnya hukumnya tidak suci kerana air yang digunakan telah bercampur dengan bahan pencuci pakaian yang menyebabkan sifat air bukan lagi mutlak. Proses membasuh menggunakan mesin basuh separa automatik boleh menjadi suci sekiranya memenuhi perkara berikut : -Pakaian dikeluarkan daripada mesin basuh dan dibilas dengan air mutlak, atau -Pakaian dijirus dengan air mutlak dan pada masa yang sama laluan air keluar di mesin basuh dibuka sehingga air melalui semua pakaian tersebut, atau -Pakaian yang telah dicuci dipindahkan ke tempat pengering dan pada masa yang sama dilalukan air sehingga air mengenai semua pakaian tersebut dan laluan air keluar perlu dibuka agar air tidak bertakung. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 277

message user image