BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum..saya ingin bertanya apakah hukum memakan binatang sembelihan orang berpahaman millah abraham..mohon penjelasan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum sembelihan daripada mereka yang berfahaman ajaran Millah Abraham adalah sah sekiranya mengikuti syarat-syarat sah sembelihan. Ini kerana mereka yang berfahaman ini masih lagi Islam. Mereka hanya perlu bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 80

message user image