BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya berkenaan hibah. sekarang PNB ada menawarkan khidmat hibah untuk pelanggannya. Yang menjadi kemusykilan saya hibah tersebut tidak boleh ditarik balik kecuali mendapat keizinan penerima hibah.Soalan saya, adakah dengan sain kontrak sudah dikira "al-qabd" untuk menyempurnakan hibah tersebut walaupun harta hanya dipindah milik jika pemberi meninggal.? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam kaedah hukum hibah, jika hibah kepada anak atau cucu dan ke bawah, ianya boleh ditarik balik. Bagi maksud ‘al-qabd’, harta yang dihibahkan mestilah sesuatu yang boleh dimanfatkan. Contoh hibah berbentuk tanah. Tanah yang dihibahkan dapat dimanfaatkan oleh si penerima seperti mendirikan rumah atau bagi tujuan bercucuk tanam di atas tanah tersebut. Bagi persoalan hibah PNB, perkhidmatan yang disediakan adalah berbentuk Hibah Amanah yang disediakan oleh ASNB . Pelaksanaannya berlandaskan Syariah dan menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. Unit amanah ASNB yang dihibahkan akan dipindahmilik kepada Penerima hibah selepas kematian Pemegang Unit (Pemberi). Beberapa rukun dan syarat perlu dipatuhi dalam pengurusan kontrak hibah adalah: 1. Pemberi hibah (al-wahib) 2.Penerima hibah (al-mawhub lahu) 3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub) 4. Lafaz ijab dan qabul (sighah). Manakala dalam pelaksanaan Hibah Amanah di PNB adalah berdasarkan kepada konsep Pemegang Unit, Pemegang Amanah (ASNB), Penerima Hibah, Sighah dan Surat Ikatan Hibah Amanah dan Akad Hibah. ‘Al-Qabd’ berlaku apabila Pemberi Hibah melaksanakan akad hibah (pemberian dan penerimaan harta dengan Penerima dengan kehadiran dua (2) orang saksi. Pemberi dan Penerima Hibah bersetuju melantik ASNB sebagai Pemegang Amanah bagi mentadbir harta selepas kematian. Apabila berlaku kematian, ASNB pula akan mengagihkan harta hibah kepada Penerima seperti yang telah termeteri dalam Surat Ikatan Hibah Amanah. Pembatalan hibah hanya boleh dilakukan jika ia melibatkan pemberian kepada anak dan cucu kandung. Pemberian kepada selain daripada anak dan cucu kandung, pembatalan hibah boleh dilakukan atas persetujuan Penerima. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 98

message user image