BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum saya nak tanya tentang zakat . Haruskah dizakatkan duit simpanan anak saya berumur 4 tahun yang dapat dari saudara dan sahabat handai jika setelah beberapa tahun disimpan telah melebihi kadar nisab tempatan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor di alamat: http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/zakat-harta/zakat-wang-simpanan/ والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 220

message user image