BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya, apakah hukum jika saya (suami) tidak mahu menambah anak kerana takut tidak mampu mendidik anak yang ramai ke jalan Islam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam Islam anak merupakan anugerah dan rahmat yang besar daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya: Maksudnya : “Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?” (an-Nahl : 72) Rasulullah SAW pula bukan setakat menggalakkan perkahwinan, malah menyuruh berkahwin dengan wanita yang subur bagi meramaikan anak sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ma’qal bin Yasar RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda : تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الامم Maksudnya : “Kahwinilah wanita yang subur dan penyayang, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang ramai” (Riwayat Abu Daud) Allah SWT adalah sebaik-baik pemberi rezeki kepada setiap hamba-hambaNya termasuk kecukupan rezeki terhadap setiap anak yang dianugerahkan. Mohonlah doa kepadaNya mudah-mudahan urusan mendidik dan membesarkan anak mengikut syariat Islam diberikan kemudahan dan berserah kepadaNya kerana Dialah sebaik-baik pembimbing. Bagaimanapun dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan padanya, dengan syarat mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudharatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 199

message user image