BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, apa lah hukum mereka, melukis serta membina tempat ibadah bukan islam spt altar dll


message user image

Jawapan  

Secara umum orang Islam tidak dibenarkan terlibat dengan apa-apa aktiviti yang melibatkan sebarang urusan agama yang bukan Islam, namun dalam keadaan tiada pilihan disebabkan bekerja dengan syarikat bukan Islam maka sebaiknya berbincanglah dengan pihak pengurusan untuk kerja-kerja tersebut dilaksanakan oleh pekerja bukan Islam. Jika tidak dapat dielak juga maka pendapatan tersebut termasuk di dalam pendapatan yang bercampur baur antara kerja yang halal dan kerja yang syubhat dan ia perlu dibersihkan dengan mengeluarkan nilaian yang munasabah bagi kerja yang dilaksanakan dan disalurkan ke Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bagi tujuan pembersihan. Pembersihan ini adalah bagi memastikan tiada unsur-unsur syubhah di dalam hasil kerja yang telah dilakukan. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bersabda : فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِه Maksudnya : “Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang perkara syubhah maka dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). والله أعلم بالصواب. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 140

message user image