BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya tinggal di kawasan perumahan di kedah. Satu hari saya mengambil sepokok anak benih pokok pisang yang ditanam di tepi jalan kawasan perumahan saya tanpa kebenaran sebab tidak tahu siapa tuan empunya pokok pisang tersebut. Yang saya tahu tanah tersebut milik pemaju atau tanah rizab(juga jauh dari kawasan rumah orang) dan dalam masa sama keadaan pokok pisang tersebut juga tidak diurus dengan baik ( menjadi tempat buang sisa batu binaan). Selepas tanam dan membiak dgn baik saya membuka sebuah kebun pisang menggunakan benih baka tersebut. Sekarang hati saya tidak tenang dan terasa berdosa sebab tidak meminta izin. Apakah hukumnya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Sekiranya pokok pisang yang ditanam di tepi jalan tersebut tidak bertuan dan ia tumbuh merata (tidak diurus dengan baik) maka hukum mengambil anak benih pokok tersebut adalah harus. Walaubagaimanapun, jika pemilik pokok tersebut dijumpai maka hendaklah dimaklumkan dan mohonlah keizinan daripadanya. Sebaiknya, dalam situasi ini atas dasar warak kita hendaklah lebih berhati-hati. Elakkan daripada perkara-perkara yang syubhah iaitu tidak diketahui sumber halal atau haramnya. Hadis dari Abu Abdillah an Nu’man bin Basyir Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata;إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ، اِسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ، أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ Maksudnya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara syubhat (samar, belum jelas) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa yang menjaga (dirinya) dari syubhat, ia telah berlepas diri (demi keselamatan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, ia pun terjerumus ke dalam (hal-hal yang) haram. Bagaikan seorang penggembala yang menggembalakan hewan ternaknya di sekitar kawasan terlarang, maka hampir-hampir (dikhawatirkan) akan memasukinya. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa (raja) memiliki kawasan terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya kawasan terlarang Allah adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging. Apabila segumpal daging tersebut baik, (maka) baiklah seluruh tubuhnya. Dan apabila segumpal daging tersebut buruk, (maka) buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati”. [al-Bukhari dan Muslim]. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 142

message user image