Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Saya Ridzwan(24tahun)...Saya Telah Kehilangan Ayah Beberapa Bulan Yang Lalu Dan Arwah Telah Meninggal Sejumlah Harta Untuk Diwasiatkan Kepada Anak2 Dan Urusan Alhamdulillah Selesai Dalam Satu Kejadian Saya Dianiayai Oleh Rakan (Boss Ditempat kerja) membeli barangan tetapi Barangan tersebut Diatas Nama sy Jika Diikutkan Penaniaya Sebelum Ini Membayar Dengan Cara Baik Tetapi Ada Sedikit Masalah antara kami Dia terus Tidak Mahu Bayar Dianggarkn Sata Perlu Membayar 5 hingga ke 6 ribu dengan hasil saya kerja hanya pembantu kedai sy tidak mampu.Saya Terpaksa menggunakan Duit yang Diamanatkan. arwah utk saya guna untuk tujuan sakit kerana saya mgalami penyakit saraf dan duit yang disimpan oleh saya untuk tujuan kesihatan diri.dalam kejadian itu saya terpaksa menggunakan wang tersebut SOALAN SY : adakah itu termasuk dalam memakan hak anak yatim utk si penganiaya . Adakah sy tidak amanah kerana apa yang diamanatkan oleh arwah utk diri saya tetapi sy trpaksa gunakan untuk menanggung beban ini? Saya tidak mahu lagi percaya dengan manusia.sekalipun untuk mangadu masalah saya niat saya ingin tahu dan tidak rasa brsalah pada arwah
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Tiada isu berkaitan dengan memakan hak yatim oleh si Penganiaya kerana saudara telah pun melepasi had umur sebagai anak yatim. Sebagaimana yang telah diperbincangkan dalam kalangan ulama had bagi umur anak yatim adalah 15 tahun sehingga 18 tahun atau hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib R.A, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada keyatiman setelah baligh.” (Riwayat Abu Daud) Kesalahan Penganiaya adalah jelas mengingkari perjanjian antara saudara dan penganiaya yang sepatutnya dipenuhi. Oleh itu, saudara masih boleh dan perlu menuntut hutang tersebut kepadanya sehingga berjaya dilangsaikan. Salah satu kaedah cabang berkaitan darurat ialah kaedah “al-darurah tuqaddar bi qadariha”. Kaedah ini bermaksud bahawa darurah itu hanya boleh digunakan sekadar mencukupi kadar untuk menghilangkannya. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah yang lebih mudarat, saudara menggunakan duit tersebut bagi tujuan membayar hutang. Adapun begitu, saudara telah bekerja pastinya dengan pendapatan yang diperolehi dapat menampung sedikit sebanyak kos perubatan tersebut dan matlamat untuk mengubati itu tercapai walaupun wang yang diberikan allahyarham telah digunakan. Dinasihatkan agar tidak membenarkan orang lain melakukan transaksi guna nama kita. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.