BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: saya hendak bertanya mengenai ibu mertua saya. Beliau ada membuat satu perubatan untuk adik ipar saya dan isteri. perubatan untuk melembutkan hati. Di sini saya musykil dengan cara perubatannya dan ingin meminta pendapat dari pihak yang lebih arif. Cara perubatannya meminta gambar suami isteri tersebut dan dibakar di dalam limau purut dan limau tersebut dicucuk dengan setanggi (bangga india buat sembahyang) dalam masa 3 hari diberi abu hasil dari membakar gambar tersebut dan perlu diletakkan di dalam makanan dan minuman suami isteri itu. Jadi saya ingin meminta pendapat cara perubatan ini salah atau tidak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perubatan tersebut sangat meragukan kerana barang-barang yang digunakan dan cara ia diamalkan jelas kelihatan bercanggah dengan syarak. Ia dilihat boleh mengundang kuasa ghaib selain Allah iaitu syaitan sebagai perbuatan sihir. Justeru, perbuatan itu perlu dielakkan. Sebenarnya hati keras adalah disebabkan oleh dosa atau kejahilan. Maka ubatnya ialah kembali kepada Allah SWT, bawa sifat Allah ar-Rahman dan ar-Rahim itu dalam diri dengan amalan dan kefahaman (ilmu). والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 166

message user image