BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Baru2 ini saya ada membuat aktiviti di rumah anak yatim, dan saya telah terminum air hasil dari sumbangan yang patut diberikan kepada anak yatim. Apakah hukumnya dan bagaimanakah saya boleh menggantikan air tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perbuatan terminum air sumbangan tersebut bukanlah disengajakan, hukumnya tidak berdosa. Firman Allah SWT: وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَـٰكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا  Maksudnya: “Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Ahzab : 5) Rasa bersalah saudara itu, mohonlah maaf dan izin pihak anak yatim agar hati berasa tenang. Jika saudara ingin menggantikannya, bolehlah gantikan air tersebut dengan yang lain. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 136

message user image