BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Suami saya seorang yang panas baran baru-baru Ini kami bergaduh dan dia berkata jatuh talak jika saya Telefon ibu saya soalannya Adakah saya tidak boleh Telefon ibu saya selama-lamanya kerana bimbang jatuh talak ataupun maksud dia hanya pada waktu itu sahaja Saya sangat susah hati dan menderita kerana situasi Ini kami juga sering bergaduh dan rumahtangga kami tidak aman dan tenteram saya tidak boleh mengadu kepada keluarga saya kerana ibu saya sakit jantung yang dapat saya juga sudah tua Saya sangat penat dan menderita menghadapi situasi ini


message user image

Jawapan  

merujuk kepada persoalan, puan perlu merujuk kepada suami, apakah maksud “jangan telefon ibu”, adakah bermaksud hanya untuk ketika itu atau untuk selama-lamanya. Ini kerana lafaz daripada suami berkenaan jatuh talak dikategorikan sebagai lafaz taklik yang mana puan terikat dengan niat taklik yang dilafazkan suami. Jika suami maksudkan hanya pada ketika itu sahaja, maka tempohnya hanya ketika itu sahaja. Tetapi jika suami maksudkan untuk selama lamanya, maka taklik tersebut terikat sepanjang perkahwinan puan. Selagi puan tidak melanggar taklik tersebut, maka ia tidak gugur dan taklik tidak boleh ditarik balik. Puan juga boleh merujuk perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal yang mempunyai bidangkuasa untuk mengesahkan urusan berkaitan taklik tersebut. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 73

message user image