BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah pengikut mazhab hanafi solat asar mengikut waktu asar mazhab syafie?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, permulaan waktu asar bagi mazhab Hanafi adalah apabila panjang bayang sesuatu objek menyamai dua kali ganda panjang objek tersebut manakala bagi mazhab syafi’e dan jumhur ulama’ pula, permulaan waktu asar adalah apabila bayang sesuatu objek menyamai panjang objek. Oleh itu, permulaan waktu asar bagi mazhab Hanafi adalah lebih lewat berbanding mazhab Syafi’e lebih kurang satu jam. Pada asalnya, pengikut mazhab Hanbali tidak sah solat asar mengikut mazhab syafi’e selagi tidak masuk waktu asar mengikut mazhab Hanbali. Adapun jika mereka berpegang (talfiq) kepada pandangan mazhab Syafi’e dalam penentuan waktu solat asar dan hukum maka sah solat. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 112

message user image