BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah kita sebagai muslim bekerja di restauran yang kurang halal? Maksudnya restauran itu menyediakn makan yang hanya berasaskan bahan bahan yang halal tetapi pada masa yang sama turut menghidangkan beberapa menu makanan yang dicampur alkohol.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam Islam yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada al-Nu’man Ibnu Bashir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimanapun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya”. (Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan kepada maksud hadith di atas, yang syubhah juga wajib dihindari. Bagaimanapun, jika restoran itu mempunyai sijil halal (patuh syarak), maka tiada masalah untuk bekerja di situ. Jika tidak, berniat dan berusahalah untuk mencari kerja di restoran lain yang jelas patuh syarak. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 153

message user image