BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya bekerja sebagai kakitangan kontrak bagi satu projek di sebuah jabatan. Tempoh kontrak saya hampir tamat sekitar 6 bulan lagi. Kemudian majikan tempat saya bekerja syorkan saya dengan tawaran kontrak baru dalam kadar segera. Bermakna dalam satu tempoh yang sama dan tempat bekerja yang sama saya dibayar gaji oleh dua pihak untuk menjaga dua projek berbeza. Saya telah menjalankan tugas bagi kedua-dua projek terlibat. Soalan saya apakah hukum saya bekerja sebagai dua jawatan serentak dan mendapat gaji bagi 2 jawatan. Jika tidak boleh perlukah saya berhenti kedua-duanya atau teruskan bekerja sehingga kontrak tamat. Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, setiap apa yang dijadikan oleh Allah SWT adalah bebas dengan hak masing-masing asalkan hak tersebut masih dalam batasan yang ditetapkan oleh hukum syarak. Begitu juga dengan seorang pekerja, mereka turut mempunyai hak mereka yang tersendiri. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) " (An-Nisa : 58) Ini diperkuatkan lagi dengan hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: yang bermaksud: "Berikanlah upah buruh itu selagi belum kering keringatnya” (Riwayat Ibnu Majah) Menerima upah dari dua pekerjaan secara serentak adalah harus kerana dalam situasi puan diberi tawaran kerja berdasarkan kepakaran puan dan gaji dibayar berdasarkan kerja yang dilakukan. Perkara utama yang perlu dilakukan pihak puan adalah pekerjaan-pekerjaan ini mestilah dilakukan mengikut ketetapan yang telah dipersetujui antara puan dan majikan. Peringatan dari Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah." (al-Baqarah : 188) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 174

message user image