BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, Jenama Nike ialah jenama yang terkemuka di dunia dalam segmen pakaian, terutamanya kasut. Pernah terjadi kasut keluaran Nike mempunyai tulisan Air bagi kasut Nike Air yang hampir mirip kepada tulisan Allah dalam Bahasa Arab. Perkara yang serupa juga pernah berlaku beberapa kali. Jadi, apakah membeli kasut jenama Nike itu hukumnya murtad kerana membeli itu tanda menyokong jenama itu menghina Allah? Bagaimana pula kalau membeli kasut Nike tetapi bukan Nike Air untuk mengelakkan daripada terpalit dengan isu ini? Adakah tetap murtad?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum memakai kasut apa jenama sekali pun adalah harus hukumnya. Adapun kasut yang padanya tertulis kalimah Allah adalah haram hukumnya jika dipakai dan tidak membawa kepada jatuh hukum murtad(berpaling atau keluar daripada agama Islam). Hal ini kerana ketika memakai kasut tersebut, ada kemungkinan kita akan memasuki tempat-tempat kotor seperti tandas, yang tidak layak untuk keagungan kalimah Allah. Sebaiknya kasut nike yang telah dibeli dengan nilai harga tertentu bagi mengelakkan pembaziran, hendaklah dihilangkan dahulu tulisan kalimah allah dan boleh digunakan seperti kasut-kasut yang lain. Sekiranya diyakini pihak syarikat tersebut memang sengaja meletakkan tulisan tersebut, maka tidak membelinya adalah lebih utama. Ada pun murtad perlu difahami juga sesorang itu boleh dianggap murtad melalui 3 cara:- i. Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam ii. Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam iii. Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 99

message user image