BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum , Saya ingin bertanyakan fatwa negeri selangor tentang fahaman Ahbash dan Adakah Fahaman Ahbash ini dibenarkan disebarkan di Selangor?. Sebelum ini saya pernah belajar di pusat pengajian yang ada di sekitar selangor dan guru kepada guru mereka itu Al-marhum Syeikh Abdullah Al-harari. Banyak pendapat mereka tidak selari seperti yang diamalkan di Selangor. Antara pendapat mereka ialah mengkafirkan Syeikh said ramadhan al-buti, ibnu taimiyyah. Sekiranya dengar azan berbuka puasa perlu tunggu beberapa minit supaya yakin dan perkataan islam pada kad pengenalan tidak boleh diletakkan pada punggung kerana boleh jadi kufur perbuatan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, setakat ini belum ada keputusan fatwa di negeri Selangor berkaitan aliran Ahbash. Jika dilihat aliran ini mendakwa mereka beraliran Asya’irah, tetapi ia agak melampau (ghuluw) dalam menghukum pihak lain seperti mengkafir dan menyesatkan pihak yang berbeza dengan manhaj mereka. Antara lain, mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk, mencerca dan memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka. Dari sudut pengawalan, Jabatan Agama Islam Selangor telah menetapkan sebarang ajaran Islam yang hendak disebarkan hendaklah selari dengan pegangan Ahlu Sunnah wal Jamaah dari sudut akidah, syariah dan akhlak dan ia hendaklah tidak menyimpang daripada sumber yang asal iaitu al-Quran dan as-Sunnah. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 91

message user image