BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: sy bekerja sebagai akauntan di salah sebuah sykt swasta bkn bumiputra, sy merekod akaun syarikat, tapi bos sy nak buka satu restoran non halal dan menyuruh sy merekod akaun untuk restoran tersebut. gaji sy bukan dari hasil restoran non halal tu. ape hukum jika sy mengikut arahan bos utk merekod akaun utk restoran tersebut. utk makluman restoran itu juga menjual arak. jika haram hukumnya boleh ke sy ajar/guide staf non muslim utk rekod akaun restoran tu. sy musykil


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan berkenaan urusan yang berkaitan dengan arak, Allah SWT berfirman yang bermaksud ; “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (al-Maaidah : 90) Begitu juga dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud; Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”(Riwayat at-Tirmizi) Dalam kes puan, walaupun gaji puan tidak dibayar menggunakan hasil dari perniagaan tersebut tetapi peranan langsung yang dipegang puan selaku akauntan menjelaskan ianya perlu dijauhkan sama sekali. Saranan puan untuk mengajarkan kakitangan lain menguruskan urusan akaun bagi perniagaan tersebut adalah bertepatan. Selain itu, saranan tambahan adalah: Pengasingan akaun. i. Pengasingan kakitangan dibahagian kewangan. ii. Gaji kakitangan muslim dari akaun yang patuh syariah (Syariah Compliance). iii. Orang Islam tidak melibatkan diri dalam kerja-kerja akaun yang berkaitan dengan arak. Perkara yang dinyatakan di atas mestilah dilakukan oleh pihak syarikat dalam memastikan kakitangan Muslim tidak terlibat langsung dengan urusan yang berkaitan dengan arak. Semoga panduan ringkas ini dapat dijadikan panduan oleh para pekerja Muslim untuk memberikan penjelasan kepada pihak syarikat bahawa pengharaman arak kepada umat Islam bukan sahaja diharamkan meminumnya, bahkan adalah secara keseluruhannya yang berkaitan dengan arak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 91

message user image