BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: 1.semasa bergaduh suami berkata sedemikian ' jika berhubung lagi org tu jatuh talak satu" adakah jatuh talak taklik jika sya berhubung dengan org tu selepas suami tarik balik lafaz taklik tersebut 2. Setelah mndapat rawatan islam kmi di beritahu telah terkena sihir pemisah...pernah semasa bergaduh bersama suami saya ada bertanya pada suami ' betul ke nak bercerai " dan suami jawab "ya" dlm keadaan marah hngga hilang kawalan disebabkn sihir ni...sedangkn dia x berniat apa2 dan tidak ingat masa kejadian ..adakah jatuh talak pada sy..?


message user image

Jawapan  

1.Pengertian Ta’liq : Taʻliq  ialah  suami mengantungkan talak kepada  isterinya  dengan sifat atau syarat  yang dikaitkan dengan isteri atau orang lain atau berlaku pada masa  hadapan. (Lihat : al-Fiqh al-Manhaji  (2/128) Menjawab pertanyaan puan, sekiranya lafaz ta’liq tersebut dilanggar maka boleh menyebabkan jatuh talak. Dan majoriti fuqaha mazhab berpendapat bahawa lafaz ta'liq tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik apabila telah diucapkan, Hal ini kerana lafaz cerai bersyarat seolah-olah suami telah melaksanakan lafaz talak. Oleh yang demikian, kami mengesyorkan agar puan merujuk dalam kadar segera ke mahkamah syariah berhampiran puan, kerana isu berkaitan talak cerai adalah merupakan bidang kuasa mahkamah syariah. 2. Begitu juga persoalan berkaitan dakwaan puan dan suami terkena sihir pemisah sehingga timbul isu lafaz cerai, tidak jatuh talak kerana itu hanya merujuk kepada kehendak dan suami belum melafazkan cerai tersebut. والله أعلم بالصواب .Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 82

message user image