BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu'alaikum Mufti, nak tanya dan kalau boleh dijawab dengan segera ?, saya masih remaja dan saya telah tahu tentang pengelasan najis termasuk aini dan hukmiyah, jd pernah suatu ketika darah saya meleleh keluar dan saya tidak tahu sama ada keluar kena bantal saya atau tidak, dan saya kurang ingt bahawa ada atau tidak najis yang saya pegang seperti air wadi pada seluar kerana dulu saya sering keluar air wadi, jd lepas tu sy pegang bantal sy tu, lepastu sy cek balik seluar saya ...terdapat air yg keluar dr kemaluan, dan saya berasa ragu dengan bantal itu, setelah berapa bulan, ayah saya mengambil bantal tu dan letak di lantai lalu diseretkan ke luar bilik krn ingin mengemas, tetapi dalam masa sy sama terdapat basah2 pada lantai krn disitu berdekatan dengan bilik air, jd bantal tu menyeret dan kene pada air itu, sy dh berapa kali dh jirus satu rumah sy , dh selepas bbrp hari jirus tu ,adeje masalah yg dtg, jd dlm hal ini, boleh atau tidak jika saya berpegang pada pendapat yang mengatakan najis hukmi tidak berpindah? Saya seperti mau menjadi gila sbb perkara ini, menurut keluarga saya , lepas mop jd suci lantai rumah tanpa perlu mencurah air ,ayah saya pernah belajar dkt pondok dulu2 dan sudah lulus ukm, tp xkan xde spe bgthu tentang bab penyucian dlm mengikut mazhab syafie, saya dh dgr byk ceramah yang mengatakan bahawa najis perlu dicurah, tetapi ayah saya kata hanya dengan mop, bantu saya mufti??, sy fobia dengan perkataan "tidak sah", adakah perkara ini dianggap umum albalwa dalam mazhab syafie atau boleh saya menggunakan pendapat imam hanafi tentang tidak berpindahnya najis hukmi? Atau juga ada ulama mazhab syafie yang menyebut tidak berpindahnya najis hukmi?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, najis yang kering tidak memindahkan sifatnya kepada sesuatu yang kering, kerana najis hanya berpindah ketika basah. Ini merujuk kepada kaedah fiqh yang disebut dalak kitab Mausuah Qawaid Fiqhiyah; النَّجِسُ إذَا لَاقَى شَيْئًا طَاهِرًا وَهُمَا جَافَّانِ لَا يُنَجِّسُه Maknanya: “Jika najis menyentuh sesuatu yang suci, sedangkan kedua-duanya kering, maka najis itu tidak memberi kesan padanya”. Dalam keadaan anda tidak pasti sama ada yang perlu disucikan najis itu ada atau tidak, maka tiada tuntutan untuk menyucikannya kerana najis itu mesti diyakini ada. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 121

message user image