Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum menggunakan, software melukis yang di download secara percuma atas talian (Yang asalnya kena bayar untuk software yang original/crack version), hasilnya lukisan tersebut dijual untuk mendapat pendapatan bulanan? Adakah hasil jualan lukisan tersebut haram (melukis menurut syariah) ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, hukum menggunakan software melukis (crack virsion) adalah haram dan berdosa. Hal ini kerana, mengambil hak cipta orang lain tanpa meminta izin daripada tuannya boleh membawa kepada kezaliman iaitu mengambil hak orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (an-Nisa : 29) Namun, hukum jual beli lukisan tersebut sah dan hasil jualan atau pendapatan menjual lukisan adalah halal kerana ia merupakan usaha sendiri. والله أعلم بالصواب . Sekian, terima kasih.